Monday 23 February 2009

MEMANG SPRM TIDAK PROFESIONAL

SPRM berniat jahat terhadap Khalid Ibrahim - AMK
Salmah Mat Husain Mon Feb 23, 09 8:17:08 pm MYT
KOTA BHARU, 23 Feb (Hrkh) - Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengenai ada bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap Angkatan Pemuda KeADILan (AMK) Kelantan sebagai berniat jahat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan baru-baru ini mendakwa ada bukti terhadap tuduhan rasuah ke atas Khalid berhubung salah guna kuasa mengguna wang kerajaan bagi penyelenggaraan keretanya dan pembelian 46 lembu untuk majlis korban pada Hari Raya Aidiladha lalu.
Ekoran itu, ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohamed membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di Pengkalan Chepa hari ini.
"Saya juga percaya maklumat yang dimaksudkan SPRM itu terhadap salah guna kuasa Menteri Besar Selangor merupakan pendedahan satu maklumat sulit kerana ia merupakan dokumen kertas siasatan yang sepatutnya tidak boleh didedahkan kepada umum.
"Pendedahan dalam media mengenai kes itu tidak sepatutnya berlaku kerana Jabatan Peguam Negara belum lagi membuat pendakwaan terhadap kes tersebut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Menurut Khairul tindakan SPRM mendedahkan kepada umum berhubung sumbangan 46 ekor lembut dan kos selenggaraan kereta Lexus bagi kegunaan rasmi Menteri Besar terbabit sebagai tindakan politik serta berniat jahat.
Katanya tindakan SPRM itu menyalahi tatacara urusan dokumen sulit yang sepatutnya tidak boleh didedahkan kepada umum.
Beliau mendakwa kenyataan tersebut bertujuan untuk mempengaruhi Jabatan Peguam Negara dan mahkamah supaya menghukum Menteri Besar atas tuduhan rasuah.
"Dengan itu saya menggesa pihak polis menyiasat tujuan sebenar Ketua Pesuruhjaya SPRM membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia boleh menyebabkan berlaku kekeliruan di samping akan menjejaskan kestabilan politik," ujarnya. - mj _



Akhirnya tindakan Dato Seri Ahmad Said Hamdan mengundang padah. Saya bersetuju dengan tindakan AMK Kelantan yang membuat laporan Polis. Tindakan Ahmad Said Hamdan itu secara jelas terlalu bias dan tidak profesional. Orang ramai sukar menerima tindakan tersebut apatah lagi tindakan itu dilakukan oleh anggota SPRM yang sepatutnya bebas dan tidak memihak kepada sesiapa pun. Janganlah pula marah apabila SPRM dianggap sebagai SURUHANJAYA PENIPUAN RAKYAT MALAYSIA oleh pengunjung-pengunjung blog orang perseorangan yang mengulas dan memberikan komen terhadap tindakan pesuruhjaya SPRM itu. Saya fikir budak sekolah rendah pun mampu menilai tindakan pesuruhjaya SPRM itu. Ternyata penubuhan SPRM itu tidak menepati kehendak rakyat Malaysia.
Jika Tun Mahathir menganggap tindakan Perdana Menteri menasihatkan Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato Dr. Zambry membuat laporan polis terhadap penggantungan Menteri besar itu dan exconya daripada menghadiri persidangan DUN sebagai melucukan, saya fikir ulasan pesuruhjaya SPRM itu yang secara jelas sudah menjatuhkan hukuman terhadap menteri besar Selangor sebelum kes itu dibicarakan di mahkamah, amat memalukan. Kalau Dato Seri Said Hamdan tidak malu, entahlah manusia jenis apa agaknya si dato' ini.

No comments: