Sunday 22 February 2009

SPRM YANG INDAH KHABAR DARI RUPA

Setelah didesak untuk berundur oleh orang-orang UMNO sendiri khususnya Najib dan Muhyidin akhirnya Pak Lah akur dan berjanji akan menyerahkan jawatan PM kepada Najib selepas pemilihan Mac ini. Dalam keadaan begitu Pak Lah berjanji sebelum beliau berundur beliau menyatakankan akan membawa ke parlimen usul baru untuk memperkasakan BPR yang sudah hilang intergritinya di mata rakyat. Pada ketika itu ramailah rakyat mengulas perkara tersebut dengan panjang lebar. Harapan mereka Pak Lah sempat memperkasakan BPR sebelum beliau berundur. Harapan ini tentunya rakyat menghendaki badan yang menggendalikan kes rasuah itu akan lebih telus, amanah, jujur, profesional, dan yang lebih penting tidak mengikut telunjuk parti pemerintah. Dan akhirnya, Pak Lah sempat juga membentangkan apa yang beliau uar-uarkan. Maka terbentuklah SPRM. Belum pun sampai setahun ketua SPRM Ahmad Said Hamdan memberikan kenyataan yang mencerminkan betapa SPRM itu lebih teruk daripada BPR dahulu. Maka harapan rakyat yang mengandaikan bahawa SPRM lebih telus dan dipercayai, berkecai. Benarlah dakwaan ahli-ahli politik warung kopi bahawa penubuhan SPRM itu tidak lebih daripada kerja-kerja yang menghabiskan duit rakyat. Perubahan Kementerian Pendidikan ke Kementerian Pelajaran misalnya, adalah satu-satunya projek menghabiskan wang rakyat. Perubahan nama itu sahaja sudah tentukannya memakan belanja jutaan ringgit. Tukar sign board, letter head dan macam-macam benda lagi ditukar ekoran perubahan itu. Projek begini tidak mendapat repons dan bantahan awam kerana tidak nampak. Betapa bijaknya Pak Lah mencadangkan projek untuk diri sendiri. Dalam hal ini boleh dikatakan Pak Lah ini pengecut. Jiwa dia kecik. SPRM inilah gegasan dia. Apa bezanya SPRM dengan BPR sama ja. Tak ada yang berubah selain nama. Masih juga macam lembu dicucuk hidung. Kes-kes rasuah yang melibatkan parti pembangkang, cepat dia siasat. Kasitah Gadam apa cerita? Dua Adun PKR yang jadi katak tu takkan buang kes kerana mereka dah masuk UMNO. Kes rasuah ini untuk orang-orang bukan UMNO ja ke? Saya setuju dengan pandangan banyak pihak agar SPRM itu dibubar sahaja. Hanya menghabiskan duit rakyat ja.

No comments: