Saturday 21 February 2009

PEMIMPIN UMNO YANG PUTAR BELIT

'Tukar Speaker Perak'

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad, Mohd Feroz Abu Bakar, Yahya Awang dan Rosdalilah
Khairy Jamaluddin (kiri) dan V Sivakumar.
Tindakan Sivakumar gantung Zambry, enam Exco hadir DUN terus dapat bantahan KUALA LUMPUR: Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco daripada menghadiri sidang DUN, terus mendapat bantahan kerana dianggap keterlaluan dan boleh menjejaskan kehidupan rakyat negeri itu. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang ditemui di Pasir Mas, Kelantan, mendesak supaya Sivakumar digantikan dengan tokoh lebih berwibawa. "Dalam sidang DUN, antara isu yang dibincangkan ialah belanjawan dan jika Speaker menghalang urusan kerajaan negeri dengan menggantung Menteri Besar dan Exconya, belanjawan negeri tidak dapat dibentangkan.
"Ini memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri sekali gus menyebabkan projek kecil tidak dapat dilaksanakan dan menyusahkan rakyat negeri itu sendiri. "Oleh itu, saya berharap bila DUN Perak bersidang nanti, peraturan mesyuarat yang pertama harus diberikan perhatian ialah menggantikan Speaker itu (Sivakumar). Kalau tidak, saya rasa beliau (Sivakumar) akan menjadi penghalang kepada banyak urusan kerajaan negeri selain memberi kesan kepada ekonomi rakyat Perak," katanya. Khairy berkata, Pemuda Umno melihat tindakan Sivakumar itu sebagai usaha pembangkang dalam menghalang kerajaan BN di Perak dari terus menjalankan tugas.


Paku Dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Inilah mungkin ungkapan yang boleh kita berikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Siapa yang mengganggu urusan pentadbiran di Perak. UMNO ke atau speaker? Pemimpin UMNO ni memang berlagak pandai. Lempar batu sebunyi tangan. Ingat rakyat Perak bodoh sangat ke? Tidak dapat menilai siapa yang mengganggu siapa? Bukan bekal presiden UMNO tu ke? Ingat wahai rakyat Perak, anda akan dianggap terlalu bodoh jika terus menyokong BN dan UMNO berdasarkan peristiwa yang berlaku di Perak. Kalau hari ini kerajaan dirampas oleh pemimpin UMNO. Besok anak bini yang dirampas. Macam-macam pemimpin UMNO ini boleh rampas. Suatu ketika dahulu di Sabah seorang isteri dibeli secara paksa daripada suaminya oleh salah seorang pemimpin UMNO. Tak mahu bagi tahu siapa. Biarlah pembaca yang mencari dan menyelidikinya

No comments: