Saturday 21 February 2009

Surat Rakyat

Surat ini dihantar kepada saya oleh seseorang yang tidak dikenali. Menurut beliau surat ini dihantar kepada PM melalui warkah untukmu PM. Surat ini saya ubah sedikit kerana mengandungi unsur sensitif. Namun kandungan surat ini masih 95% seperti teks asal.




Assalammualaikum dan selamat pagi.

1. Saya adalah ahli UMNO sejak tahun 1993, iaitu ketika UMNO mula-mula masuk ke Sabah. Ketika itu P181 Bahagian Tenom dikenali sebagai Ulu Padas. Ketua Bahagian pada masa itu ialah DR Yusof. Kemudian persempadanan semula telah dibuat dan hari ini dikenali sebagai bahagian P181 Tenom. Pada pilihan raya 1999 kalau tidak silap saya, UMNO telah mencadangkan Datuk Rizalman Abdullah sebagai calon dan beliau menang menumbangkan Datuk Raden Maleh. Pada penggal berikutnya, iaitu dalam PRU pada tahun 2004, muka baru ditampilkan oleh UMNO. Berbangsa Murut dan beragama Islam iaitu Raime Unggi. Beliau ini bukan sahaja baru dalam politik, bahkan merupakan calon bidan terjun kerana dikatakan Datuk Rubin Balang tidak bersetuju dengan calon lain. Maka jadi Raime Unggi ahli Parlimen Tenom. Maka bermulalah zaman malap bagi Tenom. Dalam zaman Datuk Rizalman Abdullah beliau telah membantu beberapa orang pemimpin pelapis UMNO. Suhaili Guriaman, Jamawi Japar, Easar Andamas dan beberapa orang lagi. Tapi malangnya dalam zaman Raime Unggi ini, mereka yang dilihat menjadi saingan kepada mereka dicantas awal-awal. Dikhabarkan bahawa ini hasil perguruan beliau dengan Datuk Rubin. Dalam Pilihan Raya ke-12 lalu, walau majoritinya meningkat tetapi sebenarnya ini disebabkan terdapat calon bebas iaitu Dr. Richard Joejimmy manakala parti Keadilan pula Adiris Taripin. Kedua-dua calon bebas dan keaadilan dari suku kaum Murut Timugon. Kehadiran calon bebas menyebabkan undi pecah.

2. Saya tidaklah mahu menceritakan tentang pilihan raya tersebut panjang lebar. Tetapi apa yang hendak saya sampaikan ialah beberapa perkara yang mungkin perlu diambil tindakan oleh pemimpin atasan UMNO.

a) Sepanjang tempoh Raime Unggi menjadi MP dari 2004 hingga 2008, terdapat banyak penyelewengan. Antaranya ialah menuntut bayaran pembinaan rumah PPRT sedangkan rumah tersebut tidak dibina sebaliknya gambar rumah yang dihantar ialah gambar rumah yang sudah dituntut sebelum itu. Hal ini menjadi perbualan di kalangan rakyat. Saya memohon agar perkara ini disiasat.

b) Banyak peruntukan atau projek-projek kerajaan diserahkan kesemuanya kepada ipar beliau iaitu Sinuali Ibrahim. Pemilik lesen kelas F hanya dibayar komisye 5% sahaja.

c) Setiap projek yang dilaksanakan Yb Raime Unggi minta 20% untuk diri beliau sendiri.


d) Yb Raime Unggi tiada perancangan untuk membangunkan Tenom.

Saya memohon agar pihak atasan menyiasat perkara ini.

1 comment:

Anonymous said...

Saya percaya surat macam ni dibakul sampah ja. Apa PM nak baca? Sorrylah.Itulah realiti pemimpin UMNO hari ini. TIDAK AMANAH. Saya sarankan penulis surat ini dan rakyat Sabah seluruhnya, pakat-pakatlah kauorang sume tinggalkan Be End dan AMNO dalamPRU 13