Semasa minum di kedai kopi saya mendengar perbualan beberapa orang yang berasal dari ulu Tomani. Kawasn ini termsuk dalam DUN Kemabong. Pada masa ini ahli dewan undangan negeri bagi kawasan tersebut ialah Datuk Rubin Balang sejak 15 tahun yang lalu. Terbentuknya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kerana perbuatan melompat Datuk Rubin Balang dan Datuk Lajim Ukim menyebabkan PBS kurang 2 kerusi pada masa itu. Jika ditanya pengikut setia PBS, mereka memang benci terhadap pemimpin seperti Datuk Rubin Balang. Tiada prinsip. Khabarnya datuk Rubin telah diberikan RM18 juta. Wallahuallam. Saya pun tidak pasti.
Berbalik kepada topik di atas, salah seorang rakan geng-geng dari ULu Tomani memberi jaminan bahawa Datuk Rubin Balang tidak mungkin akan kalah selagi dia dijadikan calon. Alasan yang diberikan ialah DRB ini mempunyai pengundi hantu yang kebanyakannya warga Indonesia. Semasa hari mengundi orang-orang tertentu akan diarahkan mengambil pengundi-pengundi hantu ini di sempadan Malaysia Kalimantan pada waktu malam. Mereka biasanya dikumpulkan di bangsal di beberapa buah kampung. Jumlah mereka dianggarkanlebih 2,000 orang.
Jika dakwaan tersebut benar maka memang kalau mengikut perkiraaan jumlah pengundi Kemabong hari ini Datuk Rubin tidak akan kalah. Dia sudah ada pengundi tetap 2,000. Dia cuma perlu cari 3,000 lagi untuk menang. Dalam pilihan raya lalu Datuk Rubin Balang memperoleh 5,158 manakala lawannya Peter atau Philip Lonok mendapat 2,721. Peratus yang turun mengundi ialah 79.66%. Jika benarlah dakwaan geng Ulu Tomani tadi maka Datuk Rubin cuma mendapat 3, 158 daipada undi orang yang benar-benar rakyat Kemabong.
Dan jika benarlah dakwaan itu memang sahlah Datuk Rubin Balang tidak akan tumpas selagi beliau dicalonkan oleh UMNO. Wallahuallam bisawab. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
